My Love Story...^^

My photo
Selayang, Kuala Lumpur, Malaysia
Because I believe in Allah, I believe in everything, I believe in myself, I believe in faith & hope, I believe in happiness, I believe in Reality, I believe in success because it makes me smile, I believe in failure is the main reason to make me successful, I believe that everything happens for a reason, I believe in a little steps of my life & for where will take me. I believe in sunny days like believing in cloudy ones, I believe in pain & joy, I believe in looking at someone’s eyes and told him what I’ve seen, I believe in Trust like believing in my dignity, I believe in today like I believe in yesterday & tomorrow as well. And Because I believe in Allah, I believe in My destiny. Keep on smiling....

Thursday, 15 November 2012

Suami Soleh


Assalamualaikum semua..^^

Post yg lepas I ceritakan tentang wanita solehah, sekarang I nk beritahu semua wanita diluar sana, yg lelaki pown ada yg soleh jugak bukan semua mata keranjang atau buaya darat OK....
Semoga semua info dibawa membawa manfaat kepada semua wanita...
Jika isteri yang solehah itu adalah sebaiknya hiasan yang dimilki oleh seorang suami.. namun harus diketahui bahawa janji Allah yang telah termaktub di dalam al quran. Sesungguhnya wanita yang solehah itu adalah tercipta buat lelaki yang soleh.

1.Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2.Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3.Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4.Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5.Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6.Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7.Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8.Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
9.Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

10.Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

11.Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

12.Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

13.Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

14.Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

15.Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

16.Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

17.Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

18.Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

Ini adalah sebahagian drpd ciri2 suami soleh..Jika diri anda mempunyai ciri2 diatas…alhamdulillah…beruntunglah bakal isteri / isteri / isteri2 anda…renung2 kan bersama…Wallahua’lam...

No comments:

Post a Comment