My Love Story...^^

My photo
Selayang, Kuala Lumpur, Malaysia
Because I believe in Allah, I believe in everything, I believe in myself, I believe in faith & hope, I believe in happiness, I believe in Reality, I believe in success because it makes me smile, I believe in failure is the main reason to make me successful, I believe that everything happens for a reason, I believe in a little steps of my life & for where will take me. I believe in sunny days like believing in cloudy ones, I believe in pain & joy, I believe in looking at someone’s eyes and told him what I’ve seen, I believe in Trust like believing in my dignity, I believe in today like I believe in yesterday & tomorrow as well. And Because I believe in Allah, I believe in My destiny. Keep on smiling....

Sunday, 25 November 2012


Apa yang anda dan pasangan anda boleh buat ?


1. Komunikasi
Asas “paling paling paling” penting dalam perhubungan ialah komunikasi. Ia seperti juga bercakap dalam telefon apabila talian anda putus, anda tak dapat berhunbung dengan pasangan anda.. Dengan komunikasi yang baik, anda dapat menyampaikan mesej serta maklumat yang jelas pada pasangan anda dan seringkali berlaku perselisihan kerana masalah komunikasi, salah dengar dan salah faham.. Apa yang anda mampu lakukan.. seterusnya

2. Kenal & Kenal cara
Setiap ayat yang datang dari pasangan anda mempunyai mesej yang datang dari latar belakangnya.. Oleh itu kenalpasti cara penyampaiannya bagi mengelakkan salah faham.. Adalah tidak salah jika anda bertanyakan semula untuk mendapatkan kepastian, seperti contoh di bawah
Adam : Rumah yang dihujung tuh..
Melor : Maksud sayang yang pakcik hassan tinggal yang warna kuning tuh ke ?
Adam : Iye sayang ?
Melor : owwhh.. “I got it”
Dengan mendapatkan kepastian ia mengurangkan risiko untuk salah faham kerana sehebat mana anda belajar walaupun 9 universiti, salah faham pasti akan berlaku, yang penting ialah meminimakannya..

3. Hormat dan dihormati
Untuk mendapat hormat, anda hendaklah beri hormat dulu. Respek pasangan anda jangan sekali-kali memperkecilkan dirinya. Cakap dengan nada yang sopan supaya pasangan anda rasa tenang dan rasa dihormati oleh anda.

4. Tunjukkan kasih sayang
Sering beri alasan mengatakan diri anda tak romantik. Pernah dengar dengar pepatah “Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih” ? Dah anda suka dah sayang pada pasangan anda, tunjukkanlah perasaan kasih dan sayang padanya supaya dia boleh merasa kehadiran anda.. Sering ada juga yang memberi alasan, “Tak perlulah romantik sangat” .. Bagi pasangan suami-isteri itulah perkarang yang paling penting dalam membina sebuah keluarga, dengan mempamerkan kasih sayang pada pasangan masing-masing. Tak rugi satu sen malah anda sendiri akan rasa untung.

5. Beri salamIni mungkin nampak terlalu remeh, tetapi inilah antara perkara yang mengeratkan hubungan anda dan pasangan anda.. Salam itu satu doa, dan apabila anda beri salam pada pasangan anda, ia merupakan doa buat dirinya.. Dan indah buat pasangan suami isteri, apabila bersalaman maka gugur dosa kedua-duanya..

6. Buat yang suka

Buat apa yang pasangan anda suka, belajarlah mengambil hati pasangan anda, kalau dia suka coklat, belikan dia coklat, bahagianya bila melihat pasangan anda tersenyum gembira. Dan kalau pandai masakkan makanan kegemarannya, apa salahnya kalau sedia kan buat dirinya.. Orang putih kata “The way to a man’s heart is through his stomach”.. :) Kalau pasangan anda meminati memancing dan tidak pulak anda, berilah dia peluang untuk pergi memancing, dan bagi yang perempuan apa salahnya keluar sekali sekala shopping dengan kawan-kawan anda sendiri. :)

7. Bergurau
Manisnya kalau si Dia tersenyum, berguraulah dengan pasangan anda cuba jadi seorang yang kelakar dan mampu buat pasangan anda tertawa.. Bagi suami isteri, kalau sekali sekala mencuit si isteri bagi melihat pasangan merayu manja macam orang putih kata “it will be the sweetest thing to share a smile “..


Binalah kebahagian dengan menjaga perhubungan antara anda dan pasangan anda.. Kongsi bersama kawan-kawan supaya mereka lebih mengetahui cara terbaik bila dah hidup berpasangan..Amin… semoga bahagia selalu…


Assalamualaikum....
Dah lama x update blog....rasa bosan pown ada!! Nie nk kongsi pasal tips2 menjaga perasaan pasangan kita..kadang2 ada jugak pasangan kita yang cepat terasa atau 'SENTAP' dgn apa yg kita katakan!
BTOL x? urmmm...so follow up tips2 yg I rekemenkan nie ye....    Smoga Bermanfa'at ^^
Jika diberi pilihan antara Merpati sejoli dan CatDog sejoli, yang manakah anda dan pasangan anda inginkan? Bagi mereka yang inginkan kisah percintaan mereka seperti ala-ala korea macam dalam drama korea tu, pasti anda akan memilih untuk menjadi pasangan merpati sejoli. Tetapi, jangan tersalah sangka pula. Tips ini bukanlah bertujuan untuk menggalakkan remaja-remaja di luar sana untuk bercouple, saya sendiri pun x pernah couple, hu3…. Hanya pendapat dari saya untuk pasangan-pasangan yang sedang hangat bercouple tentang tips untuk menjaga hati pasangan masing-masing supaya merpati sejoli itu tak bertukar menjadi CatDog sejoli…..ha3

1. Kenali Pasangan Anda

Ini boleh dikatakan bapak kepada segala basic bagi mereka yang ingin menjaga hati pasangan masing-masing. Anda perlu selidik dan  mengenal pasti (klu boleh buat research/thesis) pasangan anda tentang perkara-perkara yang dia suka dan tidak suka. Yang paling penting, anda perlu tahu menggunakan kelebihan dan kelemahan pasangan anda itu sebagai panduan kepada diri anda untuk menjaga hati dan perasaan pasangan masing-masing.

2. Bertimbang Rasa Antara Satu Sama Lain

Ini pun merupakan salah satu penyumbang kepada masalah perang dingin atau perang mulut yg sering berlaku antara pasangan. Disebabkan kedua-dua belah pihak kekurangan nilai-nilai murni inilah yg menyebabkan perkara-perkara seperti “awak2, saya rse, kita berdua ni x serasi lah!” atau “oppa, kita break up jer lah!”. Tentu anda semua x mahu perkara seperti itu berlaku terhadap diri anda setelah banyak masa dan duit telah dilaburkan kpd pasangan anda. So, kita perlu lah sekali sekala mengalah dengan pasangan kita. Perselisihan faham merupakan perkara biasa yg akan sering kita tempuhi sepanjang kita bergelar sbg manusia. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri, apatah lagi pasangan kekasih yg tidak ada kena mengena. Salah seorang perlu memujuk atau meminta maaf jika terdapat sebarang perselisihan faham. Tapi, jgn plak sampai di’cop’ sbg King di control atau Queen’z control kerana ia tidak baik untuk kesihatan….he3

3. Sentiasa Perihatin Terhadap Pasangan

Salah satu aspek yg penting dan perlu diberi perhatian oleh setiap pasangan. Jika anda ingin mengasihi dan dikasihi pasangan anda, rajin-rajinkan lah diri anda untuk mengambil berat terhadap pasangan anda. Biasa la kan, kita sbg manusia mempunyai hati dan perasaan yg memerlukan belaian dan perhatian dari org lain especially org yg istimewa buat kita. Kebiasaannya, perkara yg kita perlu prihatin terhadap pasangan kita ialah kesihatan, makan & minum, perasaan serta apa yg difikirkan oleh mereka. Walaupun ia kelihatan seperti tidak bermakna, tetapi ia penting supaya pasangan kita tahu bahawa kita prihatin dan mengambil berat terhadap mereka.

4. Elakkan Topik Yang Sensitif Atau Tidak Menyenangkan

Semasa berborak, saya nasihatkan supaya anda mengelakkan topik-topik yg bleh menyinggung perasaan pasangan anda seperti perkara-perkara yg bleh membuat mereka rasa malu atau segan terutamanya di hadapan rakan-rakan atau khalayak ramai. Tentu anda pun tahu bahawa ‘maruah’ merupakan satu  perkara yang penting bagi setiap individu. So, kita perlu lah menjaga maruah kita sendiri serta maruah pasangan kita. Tentu kita tidak mahu perspektif org lain terhadap pasangan kita terlalu ‘low profile’ atau perkara yg buruk. Saya yakin tentu anda semua ingin org lain terutamanya rakan-rakan anda beranggapan bahawa anda memiliki pasangan yg perfect. So, banyakkan memuji pasangan anda serta berborak mengenai topik yg lebih mengembirakan.


Tuesday, 20 November 2012

Memahami wanita


1.Bila seorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia
   sedang menangis di dalam hatinya.
2.Bila dia tidak menghiraukan kamu setelah kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia waktu untuk
   menenangkan hatinya sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.
3.Wanita susah untuk mencari sesuatu yang dia benci tentang orang yang paling dia sayangi (karena itu
  banyak wanita yang patah hati bila hubungannya putus di tengah jalan).
4.Jika seorang wanita jatuh cinta dengan seorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di pikirannya walaupun
   ketika itu dia sedang bersama dengan lelaki lain.
5.Bila lelaki yang dia cintai merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!
6.Wanita memang menyukai pujian tetapi selalu tidak tahu cara menerima pujian.
7.Jika kamu tidak suka dengan gadis yang menyukai kamu setengah mati, tolak cintanya dengan lembut,
   jangan berkasar dengannya karena ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tidak akan tahu bila dia
   telah membuat keputusan, dia akan melakukan apa saja.
8.Jika seorang gadis sedang menjauhkan diri darimu setelah kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.
   Jika kamu masih ingin menganggap dia seorang kawan, cubalah tegur dia secara perlahan-lahan.
9.Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah
   mereka meluahkan isi hati mereka.
10.Jangan sesekali beritahu kepada perempuan tentang apa yang membuat mereka langsung merasa tidak      berguna.
11.Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.
12.Bila pertama kali lelaki yang dicintainya sedang memberikan respon positif, misalnya menghubunginya
    melalui telepon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebenarnya dia
   akan berteriak kerana gembira dan tak sampai sepuluh minit, semua kawan-kawannya akan mengetahui
   berita tersebut.
13.Sebuah senyuman memberi seribu arti bagi wanita. Jadi jangan senyum sembarangan kepada wanita.
14.Jika kamu menyukai seorang wanita, mulailah dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu
    lebih dalam.
15.Jika seorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar, tinggalkan dia karena dia
    memang tak berminat denganmu.
16.Tetapi jika dalam waktu yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan
    usahamu untuk memikatnya.
17.Jangan sesekali meneka apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!
18.Setelah seorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya mengapa aku tidak bertemu lelaki ini
    lebih awal.
19.Kalau kamu masih mencari-cari cara yang paling romantis untuk memikat hati seorang gadis, bacalah
    buku-buku cinta.
20.Bila setiap kali melihat foto bersama, yang pertama dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah
    buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.



21.Bekas kekasihnya akan selalu ada di pikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di
    tempat yang teristimewa di hatinya!!
22.Satu ucapan ‘Hai’ saja sudah cukup menceriakan harinya.
23.Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.
24.Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata untuk memikat kawan mereka
    yang lebih cantik.
25.Cinta berarti kesetiaan, jujur dan kebahagiaan tanpa syarat.
26.Semua wanita menginginkan seorang lelaki yang dicintainya dengan sepenuh hati.
27.Senjata wanita adalah airmata!!
28.Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya memberi surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar
    kata-kata romantik). Mereka akan terharu dan merasakan bahwa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini
    dia tidak akan ragu-ragu terhadapmu.
29.Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang memberi perhatian padanya dan baik terhadapnya. So, kalau
    ingin memikat wanita pandai-pandailah.
30.Sebenarnya mudah mengambil hati wanita karena apa yang mereka inginkan hanyalah perasaan dicintai
    dan disayangi sepenuh jiwa.

10 perkara lelaki harus tahu tentang wanita

Assalamualaikum....pagi ni i nk kongsi dgn u all tentang lelaki...sblom nie i ada post mengenai perkara2 yg wanita harus tahu tentang lelaki...SO, sekarang untuk lelaki plak untuk tahu mengenai wanita....
Ini la perkara yg lelaki harus tahu... : 

1. Sensitif : Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian.
2. Cerewet : Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali

   sekala.
3. Halus : Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah tercarik dan koyak. Walaupun seorang
    wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
    tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.
4. Ikhlas : Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui. Untuk yang ni, betul ke perempuan ni betul² ikhlas??
5. Korban : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi, termasuk ibu
    bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat tabah.
6. Perihatin : Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.
7. Manja : Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari, naluri seorang WANITAmasi
    lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja bukan hanya kepada insan yang bernamaLELAKI , namun
    juga sesama kaum.
8. Ego : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bersemuk
    dengan yang dicintai.
9. Cinta : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus.
10. Seks : SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan
      satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9
      akal dan satu nafsu. Fungsi LELAKI adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkannya!.

Kesimpulannya dalam dunia ini baik dr kaum adam atau kaum hawa,u all kenalah saling memerlukan antara satu sama lain.Itulah hakikatnya sebenar kejadian u all.

Tips2 Pelajar Cemerlang

Assalamualaikum...

Hari nie I nk kongsi sedikit tentang ciri2 atau tips2 menjadi seorang pelajar cemerlang di tempat belajar u all semua...samada sekolah rendah or menengah ke ataupun U atau kolej!!
Nie tips2 dia....
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).
    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....
  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat. :) 

Saturday, 17 November 2012

10 Perkara Perempuan Harus tau Pasal LELAKI



Oh yey . Nak share lagi pasal lelaki . hope tak de yang muak nak baca . haha . heh . heh . anda perempuan , mesti ada yang tak berapa nak faham dengan perangai lelaki kan ? Maybe . Mostly la . Tapi actually , perempuan lebih banyak faham lelaki . Lelaki susah nak faham perempuan sebenarnya . Perempuan memang banyak kerenah and kadang tu mesti lelaki pun ada yang naik menyampah dengan perempuan2 ni kan ? huahua . 

Apa-apa pun wahai kaum Hawa , jom kita baca entry mengenai 10 situasi lelaki yang korang harus faham . yea .. Harus faham .. untuk mengelakkan terputusnya hubungan di tengah jalan . haha . Jom baca :


1. Bila si dia sibuk...
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli-belah.

2. Bila si dia ego
..
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat ianya ketegasan. 

3. Bila si dia romantik
...
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

4. Bila si dia panas baran
...
Jangan buat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba kamu berdiam diri dulu sampai kemarahan reda.

5. Bila si dia penat
...
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yg boleh menambah kepenatan.

6. Bila si dia pentingkan diri sendiri
...
Cuba berterus-terang dan meluahkan rasa tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

7. Bila si dia mengongkong
...
Kalau kamu memberontak, pasti akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, kamu perlu berkata padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejas hubungan kamu berdua.

8. Bila si dia selamba.
..
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yg boleh menarik minatnya. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu, kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

9. Bila si dia curang
...
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau si dia tetap dengan keputusannya, eloklah kamu sendiri yg berundur dulu sebelum makin parah kelukaan hati.

10. Bila si dia lurus bendul
...
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya tetapi jgn sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yg si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan org lain sangat  ...

huh...byk jugak sebab yg perempuan harus tahu pasal lelaki nie ekk...

xpe la, yg penting jgn la retak hubungan antara satu sama lain tu je i nk..
jaga perasaan dan hati masing2 dan pasangan OK..^^
jumpa di POST seterusnya^^
Chawww...  :p


Assalamualaikum..... ^^

Hello ladies and gentleman . Assalamualaikum dan selamat malam saya ucapkan . Kepada yang da tido tuh haaa , selamat tidur la ye. Hey awal nye korang tido hahaha . Okay hari ni aku nak update blog . Why-so-mengada-ngada , hahaha biarlah aku nak update . Pastu aku nak update pasal relationship jea pulak tuh . Kah kah kah , lagi sekali aku cakap biarlah . Ini kan blog aku . Hahahaha wink wink . Hari ni aku nak share cara-cara supaya hubungan anda tidak renggang . Aku spesifik utk pasangan yang berbahagia la ye ngehehe ;). Hahaha , aku nih da macam DR . cinta kan . Alaaa bukan apa , ini sebenarnya proses pembelajaran tau belajar-untuk-hidup . Aku banyak baca-baca so aku nak kongsi la berdasarkan sedkit ilmu di dada dan sedikit pengalaman yang tak seberapa ni huhu . So here it is ngeee .
  • Buat aktiviti bersama-sama
Okay , kenapa aku kata cam ni ? Baiklah , ini sebenarnya supaya korang tak bosan dalam perhubungan korang . Haaa tak kan kan la setiap kali dating je , pegi jalan -jalan mall , pusing-pusing tgok benda yang sama . Oh-myyyyyyy-sangat-tak-best ! Hahaha , so cadangan nya korang pegilah tengok movie ke.Okay sebelum tengok wayang tu kepada couple yang rajin buat research atau study movie , korang tengok la dlu trailer cte apa yang best , cite yang trbaru . So naty dah sampai depan panggung , takda lah masing-masing dok bertanya ,nak tegok cte apa . Dialog biasa ," alaa ikut awak la saya mana tau hahaha " . Dok tanya pasal nak tgok cte apa je da lah bapak lama dan buang masa , ini kepada yang kaki movie la . Hehe , Okay banyak lagi aktiviti lain . Contohnya , pegi jogging , main kayak , ice skating hehe ,main tenis , sukan extreme ke hahaha dan banyak lagi . Sambil-sambil tu dapat jugak menyihatkan badan ye dak ? HAHA . Seronok je buat aktiviti bersama nih , kita boleh kongsi sukan yang kita suka kan . Katakan i suka main tenis , minggu nih main tenis , minggu depan ikut u lak, suka main apa . Jangan main permainan yang nakal-nakal dah la yer , bukan apa belum halal lagi HAHAHA , sabar okay =.= . Bila buat aktiviti sesama nih takda la hubungan korang tu suram je , tak seronok . So bila buat macam ni , disamping dapat merapatkan hubungan kita , dapat jugak buatk aktiviti yang berfaedah kan . Orang kata macam sambil menyelam minum air , jangan lemas dah la hehe .
  • Seterusnya , ialah saling memahami
Huk huk , okay memang la benda ni senang nak cakap kan . Well , sebagai seorang lelaki dewasa dan perempuan dewasa kalian haruslah matang dalam menjaga hubungan korang nih , yelah benda ni mmg susah, tak mudah tapi tak susah jugak kalau ada nya sifat faham memahami. Katakan lah korang nihh jauh , nak jumpa susah . Dah la jauh , sibuk pulak tu dengan aktiviti harian . Okay jangan salahkan dia , dia mungkin memang betul-betul sibuk . Kita sebagai pasangan bagilah dorongan kat dia bukan hentaman . Kadang-kadang memang nampak macam dia tak perlukan anda sebab dia busy tapi sebenarnya kekangan masa dia yang busy buatkan anda nampak macam tu walhal dia mmg perlukan anda . Oleh itu , dua-dua pihak kena saling memahami , tak boleh nak harapkan sebelah pihak . Kalau ada masa terluang tuh , janganla tak layan pasangan anda , sebaiknya call la dia walaupun sekejap , mmg tak harapkan perhatian selama 24/7 tapi sekurang-kurangnya dia tahu anda masih perlukan dia .Lepas tu bila da jauh macam-macam la cabaran dan halangan akan terjadi . Komunikasi adalah yang terbaik dalam hal nih . Jumpa dan bincangkan apa yang tak puas hati dan cari jalan penyelesaian bukan dengan sikap saling menyalahkan dan mengungkit . Perkara tu tak akan ke mana guys believe me ! So faham pasangan kita , kasi meseg yang ringkas pun dah cukup asalka comel dan bermakna ngehehe ;)
  • Next , berkongsi dengan pasangan anda .
Berkongsi dengan pasangan anda . Tak kisah lah cerita apa pun. Sama ada apa yang anda lalui ke , masalah ke , apa saja lah . Asalkan kita berkongsi dengan dia , kita bgitahu dia apa yang berlaku ,dengan cara nih boleh merapatkan hubungan kita . Sebab nya kita berkongsi dengan dia , dia tau apa yang kita rasa . Agak-agak kalau tak mampu nak call , internet adalah jalan yang mudah dan murah boleh YM , Skyping dan sebagainya , gunakan medium yang ada ini dengan sebaiknya . Yang penting kita berkongsi apa yang kita rasa dengan pasangan kita . Alaaa biasalah mana ada pasangan yang bahagia tanpa ada gaduh-gaduh kan . Gaduh kejap pastu baik lah kan saja nak mengada-ngada kata orang hahaha . Kalau gaduh tuh teruk sangat , jangan takut nak ucapkan perasaan sayang kita kat dia . Dengan cara ini , boleh lembutkan hati dan perasaan yang tengah marah durjana tu huk huk . Ingat balik , betapa susahnya korang mengharungi dugaan dan cabaran bersama . Ingat balik saat bahagia anda dan pasangan anda , insyaallah baik la lepas tu . Jangan la ego sangat kn , sikit sikit da la . Haaa aku dh belajar nih , jangan nak ego sangat , maklum la ego tu tak ke mana pun huhu .Dan tak semestinya berkongsi perasaan je , kalau bab-bab duit pon boleh kongsi la jugak . Yelah kalau yang masih belajar tuh kita pun nak guna duit utk belajar , so kalau makan ke , kita share la sama -sama kan , tak kisah la apa-apa pun , toksah nak dok berkira sangat lah huhu .Seronok je kongsi-kongsi ni hahaha .

  • Jangan putus asa guys , come on .
Ahaaa , kita jangan putus asa dengan pasangan kita . Ingat , memang tak mudah bila ada nya pergaduhan , salah faham dan sebagainya . Tapi kita jangan putus asa utk fight nak dapatkan orang yang kita sayang . Jangan la bila gaduh sikit nak break , nak clash . Come on la , cari jalan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah . Bincang baik-baik , kemudian baru buat keputusan . Kalau ada yang kata break adalah cara utk menguji, its just not the way . Ingat clash boleh menyelesaikan masalah ke ? Bincang macam orang dewasa yang mempunyai akal yang matang bukan macam budak-budak okay .Yang penting , just dont give on each other . Melainkan kalau dah cannot go sangat dengan pasangan korang . Okay just go . Kalau bersama pun dah tak guna kan kalau hati pun asik sakit je . Tapi yang penting kita ada nya usaha utk pulihkan keadaan . Kalau kita sayangkan orang tu , kita cubalah dapatkan dia dengan cara yang baik . Kita tak berhak tentukan dia patut dengan siapa , biar dia yang pilih dia nak bersama dengan siapa kan , inikan soal hati dan perasaan .Yang penting , jangan putus asa mungkin adanya kemanisan disebalik kepayahan yang dialami .





  • Berdoa .

Akhir sekali berdoa lah kepada yang Maha Pencipta kerana Dia selalu mendengar . Kalau betul dia pasangan anda tak kemana kan . Insyaallah ada jodoh tak ke mana. Setelah berusaha , kita berdoa lah semoga mmg benar dia adalah jodoh kita . Kita hanya mampu merancang selebihnya kerja ALLAH SWT , dia lebih mengetahui apa yang terbaik utk hambanya . Yang penting kita kena redha walaupun apa pun terjadi . Kalau hubungan berkekalan alhamdulilah lah kan , kalau tidak berkekalan kita redha lah . Walaupun susah nak terima tapi kia kena redha . Sebab Tuhan tahu yang terbaik , segala apa yang tertulis itu ada hikmahnya kan .

Jadinya, itu sahaja coretan dari i utk malam ni . Hahaha semoga ada manfaatnya . Selamat malam
Chaww...  :p

Thursday, 15 November 2012

Suami Soleh


Assalamualaikum semua..^^

Post yg lepas I ceritakan tentang wanita solehah, sekarang I nk beritahu semua wanita diluar sana, yg lelaki pown ada yg soleh jugak bukan semua mata keranjang atau buaya darat OK....
Semoga semua info dibawa membawa manfaat kepada semua wanita...
Jika isteri yang solehah itu adalah sebaiknya hiasan yang dimilki oleh seorang suami.. namun harus diketahui bahawa janji Allah yang telah termaktub di dalam al quran. Sesungguhnya wanita yang solehah itu adalah tercipta buat lelaki yang soleh.

1.Suami yang taat dalam melaksanakan perintah serta suruhan Allah dan RasulNya dan dapat pula membimbing isterinya

2.Suami yang mampu memberikan nafkah sama ada zahir ataupun batin

3.Suami yang sedia memberikan nasihat, bimbingan , dorongan , didikan dan tunjuk ajar dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab rumah tangga dan juga terhadap Allah S.W.T.

4.Suami yang bijak dalam menyelesaikan permasalahan isteri yang timbul bersama jiran tetangga atau sebagainya.

5.Suami yang dapat memberikan pemerhatian dalaam hal keselamatan, kebajikan dan kesihatannya.

6.Suami yang dapat menyediakan tempat tinggal, pakaian dan makanan yang sempurna mengikut kemampuannya

7.Suami yang penyabar dan tidak mengggunakan kekerasan dalam menyelesaikan sesuatu masalah atau untuk mendapatkan sesuatu.

8.Sentiasa memberikan kasih sayang, belas kasihan dan pergaulan yang baik terhadap isterinya.
9.Suami yang sentiasa menjaga rahsia isterinya dan tidak didedahkan kepada orang lain.

10.Suami yang ikhlas dan jujur serta dapat menepati janji terhadap isteri dan anak-anak.

11.Suami yang menjauhkan diri dari perbuatan maksiat seeprti meminum minuman keras, berjudi, berzina, menipu, mencuri dan sebagainya.

12.Suami yang dapat memberikan penjagaan dan pemerhatian yang baik terhadap isterinya. Penjagaan ini meliputi semua hal termasuk kehormatannya.

13.Suami mestilah bijak memahami persaan dan hati isteri sama ada dengan perbuatan atau perkataan, jangan biarkan dirinya dalam keadaaan bersedih.

14.Suami yang sentiasa mengutamakan kebersihan diri, zahir dan batin.

15.Suami mestilah menahan dirinya dari bergaul secara bebas dengan wanita lain.

16.Suami yang dapat menyelidiki secara cermat dan teliti segala hal yang disampaikan oleh orang lain yang berkaitan dengan isterinya.

17.Suami yang bijak dalam memimpin rumah tangganya dan melaksanakan tugas dengan penuh amanah serta bertanggungjawab.

18.Suami yang tidak cemburu buta tanpa asas terhadap isterinya yang mana boleh merosakkan keutuhan rumah tangga mereka.

Ini adalah sebahagian drpd ciri2 suami soleh..Jika diri anda mempunyai ciri2 diatas…alhamdulillah…beruntunglah bakal isteri / isteri / isteri2 anda…renung2 kan bersama…Wallahua’lam...

Ciri2 Isteri Solehah....

Assalamualaikum..

Berjumapa lgi kita, disini I nk ckp ckit tentang wanita zaman sekarang....
Mmg susah sgt nk cari wanita yg mampu jaga lelaki, tapi yg tipu lelaki ada la yg I tgk, disini I nk kongsi ckit tentang ciri2 WANITA SOLEHAH...
Semoga Bermanfa't...^^



Mengakui dan menerima kenyataan bahawa suami ialah KETUA didalam kepimpinan sesebuah keluarga dan
rumah tangga...

Tiada siapapun boleh menyangkal bahawa suami telah diberikan kelebihan satu darjah daripada isteri.
Satu kurniaan Allah yang meletakkan suami bertanggungjawab menjaga serta  mengawal keselamatan dan
kesejahteraan perjalanan hidup keluarganya di dunia dan di akhirat serta suami wajib memberi nafkah isteri
dan anak-anaknya.

Berikut adalah CIRI2 wanita solehah :

1. Taat kepada suami adalah satu tuntutan mutlak berdasarkan hukum Allah dan ajaran
    Rasulullah s.a.w.
2. Jujur pada suami – sifat ini dapat mengeratkan lagi perhubungan suami isteri.
3. Isteri yang mampu melahirkan anak – 
    Rasulullah s.a.w. telah menyarankan agar sekalian umatnya berkahwin dengan wanita yang 
    baik-baik, yang mempunyai bilangan ahli keluarga yang ramai dan yang masih dara supaya 
    boleh melahirkan anak dan darinya pula akan beroleh bilangan anak yang banyak.
4.  Sedia melayani kehendak batiniah suami.
5.  Sedia melayani kehendak zahiriah suami – dengan menjaga makan minum, pakaian yang
    sentiasa bersih, persekitaran rumah yang sentiasa teratur dan tersusun dan seumpamanya.
6.  Pemegang amanah – harta benda suami, menjaga nama baik dan maruah suami,
     keselamatan diri dan akhlaknya serta anak-anak semasa ketiadaan suami.
7.  Rela berkorban untuk suami serta ridha kepadanya berdasarkan keridhaan kepada Allah dan RasulNya.
8.  Sentiasa mengembirakan hati suami serta cuba melenyapkan segala kesedihan dan
     kegelisahan hati suami.
9.  Wanita yang memiliki sifat pengasih dan penyayang serta mempunyai ciri-ciri keibuan yang
     sejati.
10. Melahirkan anak perempuan yang solehah yang sentiasa patuh dan taat pada kedua ibu
     bapanya.

Apa yang paling penting ialah isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anaknya yang juga penyejuk hati ibu bapa dan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibu bapanya lama meninggal dunia. Dengan agamanya itu, seseorang ibu akan mewariskan segala ilmu agamanya kepada anaknya agar mereka kelak akan menjadi anak soleh dan taat, bukan saja kepada ibu bapa, bahkan taat kepada Allah. Agama inilah ramuan terbaik yang boleh melenturkan peribadi anak, perhiasan akhlak terpuji, mengisi minda dan hati anak dengan keimanan dan ketakwaan serta membimbing kehidupan ke arah keredaan Ilahi.
So, jgn bila da kahwin nanti, jgn nk marah2 isteri kita sgt...
fikirkan perasaan mereka jugak, mereka pown manusia jugak macam kita...So, jgn nk melepaskan geram dan amarah kepada mereka...
Jagalah Isteri kita baik2 selagi mereka masih ada, jgn nk nak meratapi mereka bila mereka sudah tiada...

Okey la, tu je yg I nk kongsi dgn U all ...
Semoga apa yg I sampaikan bermanfaat kepada U all....
Jumpa di POST seterusnay...
Chaww..
:P